Segera putuskan tanah percuma, bayaran nominal untuk projek PPR, kata timbalan menteri

Segera putuskan tanah percuma, bayaran nominal untuk projek PPR, kata timbalan menteri

Keutamaan diberi kepada kerajaan negeri yang menyediakan tanah secara percuma atau bayaran nominal.

Kerajaan menyasarkan membina satu projek baharu PPR di setiap negeri pada tahun ini dengan belanja RM390 juta.
KUALA LUMPUR:
Putrajaya menggesa kerajaan negeri yang belum membuat keputusan berhubung pemberian tanah secara percuma atau bayaran nominal untuk pembangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) supaya segera berbuat demikian.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pada tahun ini kerajaan menyasarkan untuk membina satu projek PPR baharu di setiap negeri untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik.

“Tetapi keutamaannya diberi kepada negeri yang menawarkan tanah secara percuma atau dengan bayaran nominal.

“Mohon negeri yang belum buat keputusan supaya menyegerakannya,” katanya menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Akmal bagaimanapun tidak mendedahkan kerajaan negeri yang belum membuat keputusan berhubung perkara itu.

Menerusi jawapan pada sidang Dewan Negara April lalu, Akmal berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM390 juta untuk membina projek PPR baharu di 13 negeri pada tahun ini.

Projek itu bakal memanfaatkan 12,400 penghuni baharu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.