
Akibat kemalangan pada 9 pagi yang melibatkan tiga kereta dan tiga motosikal, dua mangsa mengalami kecederaan parah, menurut Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal.
Kamarul berkata, kenderaan wanita berusia 59 tahun itu, dari arah pekan Balik Pulau, memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta dari Simpang Empat.
“Tiga motosikal tidak sempat mengelak dengan sebuah daripadanya (motosikal) telah terbabas dan melanggar sebuah lagi kereta yang diletakkan di kawasan letak kenderaan kedai makan tomyam di situ,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Balik Pulau dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tular video di lokasi kejadian kemalangan yang memaparkan seorang wanita sedang mengalami sakit dada, manakala seorang mangsa lelaki dalam keadaan terbaring di dalam parit tepi jalan berkenaan.