
Beliau berkata kerajaan perpaduan tidak ada membincangkan pemansuhan akta itu, sebaliknya tertumpu kepada pembentukan suatu majlis media yang bebas.
Ini kerana kerajaan mahu media sendiri yang menyelia media melalui majlis bebas, katanya ketika ditanya pada satu forum tentang rancangan kerajaan untuk memansuhkan undang-undang itu serta bagaimana memantau ucapan kebencian dan berita palsu.
Fahmi menjelaskan kerajaan hanya akan memainkan peranan yang terhad dalam majlis itu. Menurutnya lagi, peguam negara sedang meneliti usul untuk membentuk majlis itu.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Akta 301 masih diperlukan untuk memelihara ketenteraman awam.
Persatuan sivil dan kumpulan hak asasi manusia berkata akta itu sering digunakan untuk mengehadkan kebebasan bersuara berbanding menjaga keselamatan dan keamanan.
Sementara itu, Fahmi berkata pihaknya bimbang akan kemampanan syarikat-syarikat media dan mata pencarian kakitangan media.
Katanya, seramai 2,200 pekerja media hilang pekerjaan dalam tempoh tujuh tahun lalu.