
Suspek berusia 32 tahun itu dikatakan memukul warga emas berusia 60 tahun di bahagian kepala mangsa sebelum melarikan wang tunai RM2,000, yang mahu dimasukkan ke mesin deposit tunai.
Ketua Polis Bera Zulkiflee Nazir, berkata suspek ditahan di Jalan Besar Simpang Bukit Mendi, kira-kira 11.45 pagi tadi.
“Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM1,015 serta pakaian suspek iaitu sehelai ‘sweater’ berwarna hijau, sehelai seluar panjang berwarna hijau, t-shirt berwarna biru, topi berwarna merah hitam, dan sepasang selipar berwarna hitam.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pakaian yang dirampas itu adalah pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian,” katanya menurut Kosmo.