
Ketua Umno Terengganu, Ahmad Said, berkata jumlah kerusi dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditandingi calon BN dan PH akan diumumkan presiden parti masing-masing.
Katanya, rundingan agihan kerusi di peringkat negeri diadakan sebanyak tiga kali sebelum diserahkan kepada pimpinan tertinggi parti.
“Kita serahkan kepada Presiden Umno Zahid Hamidi untuk membuat keputusan muktamad.
“Terpulang kepada presiden parti dalam PH untuk keputusan muktamad, tetapi perbincangan pengagihan kerusi di peringkat negeri sudah selesai dilakukan,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran jentera PRN peringkat Parlimen Marang, di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia negeri (IKBN) Wakaf Tapai, Marang.
Ketika mengulas berhubung senarai calon, Ahmad berkata ia akan dibuat selepas DUN dibubar.
“Senarai calon yang akan bertanding sudah disenarai pendek, tetapi perlu melalui beberapa proses,” katanya.