70 mangsa banjir Bukit Raja dibenar pulang

70 mangsa banjir Bukit Raja dibenar pulang

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Selangor memaklumkan masih ada beberapa kawasan belum surut sepenuhnya.

Beberapa kawasan di Selangor iaitu Bukit Raja, Meru dan Sungai Buloh dilanda banjir semalam ekoran hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak 4 pagi. (Gambar Facebook Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama)
SHAH ALAM:
Semua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas paras air di kawasan itu terus mencatatkan penurunan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Selangor, bagaimanapun memaklumkan masih terdapat beberapa kawasan yang belum surut sepenuhnya.

“Pusat pemindahan sementara di Masjid Bandar Bukit Raja yang dibuka semalam dijangka dibuka hingga pagi esok sementara menanti arahan penutupan daripada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Klang,” menurutnya dalam kenyataan.

Beberapa kawasan di Selangor iaitu Bukit Raja, Meru dan Sungai Buloh dilanda banjir semalam ekoran hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak 4 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.