
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata semua suspek berusia lingkungan 23 hingga 32 tahun diberkas di lokasi berasingan sekitar Kuching.
Katanya, hasil semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.
Beliau berkata, ujian air kencing terhadap mereka menunjukkan tiga daripadanya positif syabu, manakala seorang lagi positif ganja.
“Reman ke atas suspek diluluskan majistret selama empat hari hingga 8 Jun untuk membantu siasatan. Kes disiasat bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.
Azman percaya dengan tertangkapnya empat suspek itu, kes melibatkan seorang timbalan menteri Sarawak yang dilaporkan baru-baru ini, selesai.
Katanya, kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan tuduh di mahkamah.
Menurut Astro Awani, timbalan menteri itu dikatakan dipukul selepas keluar dari kenderaan kerana menegur kumpulan lelaki berhubung tujuan mereka berada di satu kawasan lorong, ketika mangsa dalam perjalanan ke kediaman keluarganya.
Bagaimanapun, dipercayai berlaku sedikit pertengkaran susulan itu. Kumpulan individu tersebut bertindak menyerangnya sebelum melarikan diri.