
Victor akan mengambil alih jawatan itu daripada Ali Tamby, yang dilantik timbalan ketua polis Kelantan yang baharu. Ali menjawat jawatan komander ESSCom hanya dua minggu lalu, pada 18 Mei.
Bukit Aman dalam kenyataan mengumumkan, Noor Yusof Ali akan mengetuai Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Pahang.
Noor Yusof kini adalah ketua penolong pengarah bahagian anti-maksiat, perjudian dan kongsi gelap Bukit Aman.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Noor Hisam Nordin akan dipindahkan ke Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) untuk menjawat jawatan komandan.