
Beliau berkata demikian selepas mengucapkan terima kasih kepada anggota polis mengawal lalu lintas di CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah.
“Saya difahamkan kenderaan yang memotong que tidak boleh masuk Malaysia dan akan diarah balik ke Singapura,” katanya dalam catatan Twitter.
Warganet memujinya atas perhatian terhadap masalah dihadapi pengguna jalan raya yang melalui dua pintu masuk darat di sempadan Malaysia-Singapura.
“Syabas! Ketatkan peraturan dan didik mereka patuhi peraturan kita,” tulis pengguna Facebook, Saidah Jubri.
Abdullah Jerry Boatman pula berkata, barisan semakin panjang dan keadaan memotong barisan semakin berleluasa.
“Tolong minta polis bertindak lebih tegas. Ramai potong barisan dan masuk barisan semula di pertengahan jalan kerana mereka tahu anggota polis tunggu di depan (laluan).”
Pengguna Twitter @davidwong27 berkata, masalah lalu lintas di Tambak Johor adalah mimpi buruk bagi ribuan pengguna jalan raya saban hari, khasnya ketika hujung minggu atau cuti panjang.
@JamilSeafood67 turut menekankan penggunaan laluan bas oleh kenderaan lain yang menjadi punca ramai lewat ke tempat kerja.
“Saya harap tindakan tegas diambil terhadap pengguna jalan raya ini.”