
Peguamnya berkata, Kee meninggal dunia di hospital kelmarin.
“Kami menggesa semua pihak tidak melayan sebarang spekulasi berhubung peristiwa malang ini dan memberi ruang kepada keluarganya bersedih atas pemergiannya,” kata firma guaman Valen, Oh & Partners dalam kenyataan hari ini.
Malam tadi, media melaporkan Kee, yang dilapor memaklumkan pihak berkuasa Malaysia berhubung lokasi Low di Macau, meninggal dunia akibat sakit mengejut.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan kepada Malay Mail bahawa Kee, yang pulang ke Malaysia 3 Mei lalu selepas lima tahun berada di luar negara, meninggal dunia.
Sebelum ini, lelaki berusia 56 tahun itu mengesahkan menemui Low – watak utama dalam kontroversi 1MDB – serta individu buruan lain dikaitkan dengan skandal itu di Macau.