Dasar besar bangun sukan negara ‘terbantut’ sejak 2014

Dasar besar bangun sukan negara ‘terbantut’ sejak 2014

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli berkata negara sudah lama tidak mempunyai dasar besar pembangunan sukan.

Adam Adli berkata, penting Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JKPS) kembali bermesyuarat sejak kali terakhir dibuat, pada 2014.
PETALING JAYA:
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli berkata negara “sekian lama” tidak mempunyai dasar besar pembangunan sukan, sejak 2014.

Beliau berkata, tiba masa Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JKPS) kembali bermesyuarat sejak kali terakhir berbuat demikian hampir 10 tahun lalu.

“Jawatankuasa ini sangat penting. Jawatankuasa ini hanya dipengerusikan oleh perdana menteri atau timbalan perdana menteri sahaja. Kali terakhir 2014 (mesyuarat). Sejak 2014.

“Kita tidak ada dasar besar tentang pembangunan sukan, sebab itu kita ada satu ‘soft reset’,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada Program Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Senat Unisel, Shah Alam.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan memastikan wujud dasar yang juga meliputi kementerian lain yang terlibat antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau turut memaklumkan, satu jawatankuasa peringgit tertinggi (HLC) akan ditubuhkan sebagai panduan dan arah kepada dasar pembangunan sukan negara.

Jelasnya, setakat ini terdapat satu keputusan yang telah diputuskan iaitu mewajibkan penjawat awam untuk bersukan setiap minggu sebagai langkah untuk memastikan taraf kesihatan penjawat awam di tahap optimum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.