KKM kemas kini SOP Covid-19, umum masa terdekat, kata Dr Zaliha

KKM kemas kini SOP Covid-19, umum masa terdekat, kata Dr Zaliha

Menteri kesihatan berkata ia susulan pengumuman WHO pada 5 Mei bahawa Covid-19 bukan lagi kecemasan kesihatan global.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menasihati rakyat Malaysia untuk kekal mengamalkan SOP sedia ada dan keselamatan kendiri termasuk memakai pelitup muka ketika di tempat awam.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang akan diumum dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lepas yang memutuskan bahawa Covid-19 bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan global (PHEIC).

Bagaimanapun, beliau menasihati rakyat Malaysia untuk kekal mengamalkan SOP sedia ada dan keselamatan kendiri termasuk memakai pelitup muka ketika di tempat awam terutama mereka yang bergejala, sanitasi tangan serta menjaga kebersihan diri.

“Kami di KKM sedang membincangkan langkah perlindungan terkini yang akan dilaksanakan kepada rakyat dalam masa terdekat meskipun Covid-19 tidak lagi menjadi kecemasan kesihatan yang menjadi kepentingan antarabangsa ataupun PHEIC,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook.

Dilaporkan, WHO memutuskan bahawa pandemik Covid-19, yang mengorbankan lebih 6.9 juta nyawa di seluruh dunia, tidak lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa selepas ia melanda sejak tiga tahun lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.