2 lagi ditahan, jumlah tangkapan kes gaduh Tampoi 14 orang

2 lagi ditahan, jumlah tangkapan kes gaduh Tampoi 14 orang

14 orang ditahan dalam kes gaduh di Tampoi membabitkan 13 lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 15 hingga 36 tahun.

Tular di media sosial video berdurasi 28 saat memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu, dipercayai berlaku di Tampoi, Johor.
JOHOR BAHRU:
Dua lagi individu ditahan menjadikan keseluruhan tangkapan 14 orang setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di kawasan Tampoi di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh, berkata mereka yang ditahan adalah warga tempatan membabitkan 13 lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 15 hingga 36 tahun.

“Permohonan reman dua lagi individu yang ditahan akan dibuat esok di Mahkamah Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan polis adalah telus tanpa kompromi mengikut undang-undang sedia ada dan orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya masih menyiasat punca pergaduhan di bawah Seksyen 148, Seksyen 365, dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular video berdurasi 28 saat yang memaparkan insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.