Pesakit mental rentung, abang terselamat dalam kebakaran

Pesakit mental rentung, abang terselamat dalam kebakaran

Kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat di Desa Country Homes, kata bomba Selangor.

Anggota bomba menjalankan ‘overhaul’ bagi memastikan kebakaran padam sepenuhnya. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki, dipercayai pesakit mental, rentung dalam kebakaran di Desa Country Homes dekat Rawang pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, dua jentera tiba di lokasi kejadian lapan minit selepas panggilan diterima pada 6.28 pagi.

Katanya, kebakaran itu membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat.

“Semasa kejadian, mangsa lelaki tempatan berusia 56 tahun yang tinggal bersama abangnya, rentung.

“Kebakaran sudah dipadamkan orang awam sebelum pihak bomba sampai ke lokasi kejadian,” katanya, menurut Harian Metro.

Abang mangsa yang berusia 65 tahun tidak cedera, kata Hafisham.

“Anggaran kemusnahan 10% dan pihak bomba sedang menjalankan ‘overhaul’ bagi memastikan kebakaran padam sepenuhnya.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.