
Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon, berkata lebih membimbangkan penggunaan dadah sintetik menyumbang masalah mental, berbanding pengambilan dadah organik.
Katanya, kos pemulihan juga menjadi lebih tinggi melibatkan penagih syabu dan pil kuda.
“Sasaran AADK sekarang untuk menurunkan nisbah bilangan penagih dadah menjelang tahun 2025.
“Sasaran negara adalah untuk mencapai kurang daripada 400 penagih dadah bagi setiap 100,000 orang penduduk, sekarang kita ada 430 keseluruhan penagih dadah bagi setiap 100,000 penduduk,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Antidadah 2023 Peringkat Negeri Sembilan.
Sementara itu, Sutekno berkata, AADK masih mengekalkan tema “Lebih Baik Cegah” bagi Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2023 dengan mesej “Pencegahan Dadah Bermula di Rumah”.
“Sudah pasti dalam usaha pencegahan ini, memerlukan pemerkasaan tindakan awalan yang bermula dari rumah. Tugas dan tanggungjawab yang dimainkan ibu-bapa, bermula dari keluarga kecil sehingga ia berkembang dan meluas kepada tanggungjawab komuniti,” katanya.