
Mangsa korban adalah pemandu Viva dikenali sebagai Carlos Nelson, 22, dan dua penumpang, Pauline Simba Jua, 34, dan Elizabeth Jua, 33.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 6.34 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa tersepit.
“Ketika operasi menyelamat, Elizabeth dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Engkilili.
“Seorang lagi penumpang dalam kereta berkenaan, iaitu lelaki berusia 38 tahun parah dan dilaporkan kritikal,” katanya menurut Harian Metro.
Tiga lagi mangsa lelaki yang menaiki Proton Saga itu turut parah.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan, manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.