
Nikmati kesegaran udara 2,700 ekar kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah, di mana anda boleh berulang-alik ke pusat bandar melalui lima lebuhraya utama. Jalani gaya hidup sihat dikelilingi 1,118 ekar luas kawasan hijau yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang berdekatan.
Dimajukan oleh Sime Darby Property Berhad, City of Elmina memenangi anugerah berprestij iaitu FIABCI Malaysia Property Award 2022 – Kategori Pelan Induk, sebagai bandar terancang yang mempunyai pelan induk holistik menggabungkan ciri-ciri tempat tinggal selesa dan berlandaskan lapan elemen “wellness” bagi meningkatkan kualiti gaya hidup. Bandar ini mencerminkan dasar Sime Darby Property sebagai pengganda nilai untuk komuniti, kerjaya, ekonomi dan alam sekitar. Kejayaan ini membuktikan keseimbangan alam semula jadi dan pembangunan terancang dapat diharmonikan demi kemajuan masa hadapan.
Merangkumi kawasan premium seluas 6,500 ekar tanah hak milik kekal dan terletak di sepanjang Lebuh Raya Guthrie Corridor di Shah Alam, City of Elmina merupakan antara alamat tempat tinggal yang ideal di Lembah Klang – menawan hati penduduk dengan tawaran gaya hidup yang seimbang, dikelilingi alam semula jadi tanpa kehilangan akses pada kemudahan.
Bagi mereka yang mencari rumah luas, berstatus hak milik kekal dan yang berkualiti tinggi dalam sekitar 20 km dari pusat bandar KL, bandar City of Elmina pilihan yang tepat.
Ilham Residence 3 akan mengubah gaya hidup anda

Ilham Residence 3 ialah rumah teres hak milik kekal, berpagar dan berkawalan terakhir dalam Kawasan kejiranan eksklusif Elmina East.
Menampilkan susun atur baru, rumah dua tingkat 20’ x 70’ Lifestyle Homes dengan keluasan 1,944 kaki persegi direkabentuk dengan bumbung lutsinar beserta ruang “courtyard” dalaman bagi membolehkan cahaya matahari menerangi kawasan dalam rumah. Ia juga dilengkapi panel fotovoltan solar 2kW untuk mengurangkan kesan jejak karbon dan kos elektrik.
Dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air bersambung, susun aturnya direka sesuai untuk keluarga yang sedang membesar dan mengamal gaya hidup sihat dikelilingi alam sekitar yang hijau. Susun atur dapur baru yang luas serta pengasingan ruang basah dan kering, sekali dengan lorong belakang dan kemudahan setempat direka khas bagi mengeratkan hubungan keluarga dan komuniti.

Di samping itu, terdapat 20 kemudahan berasaskan keluarga di tiga zon, termasuk pondok permainan untuk kanak-kanak, tempat barbecue, dewan serba guna dan trek joging dan berbasikal yang bersambung sejauh 4.6km dalam kawasan kejiranan. Penduduk juga boleh menikmati keahlian percuma Elmina Clubhouse selama 2 tahun memberikan akses kepada kolam renang, gimnasium dan banyak lagi.

Terletak strategik berhampiran kemudahan komersial, taman riadah dan Lebuh Raya Guthrie Corridor, Ilham Residence 3 sesuai untuk mereka yang menginginkan kejiranan yang tenang di samping menikmati akses untuk mendapatkan kemudahan harian.
Kesemua 20’ x 70’ Lifestyle Homes pada peringkat pertama telah habis dijual seawal projek tersebut diperkenalkan. Peringkat kedua pula kini dibuka untuk jualan, dengan harga dari RM908,888. Harga ini belum lagi termasuk promosi jualan! Maklumat lanjut boleh didapati di http://bit.ly/ilhamresidence3.
The Eighth, Elmina Green menandakan permulaan yang hebat

Bagi mereka yang ingin menaiktaraf kediaman kepada yang lebih mewah, The Eighth, Elmina Green adalah pilihan yang sesuai, menampilkan tiga susun atur yang elegan untuk memenuhi cita rasa gaya hidup yang pelbagai. The Eighth dibangunkan dalam kejiranan elit terletak di kawasan tinggi Elmina Green, merangkumi 168 unit vila berkembar, dikelilingi taman kehijauan berjarak pemanduan singkat dari Elmina City Centre.
The Minimalist (Type A) ialah kediaman moden yang luas dengan keluasan binaan 3,034 kaki persegi dan menawarkan 4+1 bilik tidur dan 5 bilik air. Ruang keluarga yang selesa di tingkat pertama diterangi cahaya siang hari, sementara siling “double volume” di ruang makan dan dapur menjadikan udara di dalam rumah lebih nyaman.
Berinspirasikan oleh konsep reka bentuk “avant-garde”, The Connoisseur (Type B) sesuai untuk mereka yang ingin merasakan gaya hidup yang mewah. Dengan keluasan 3,069 kaki persegi, The Connoisseur (Type B) menawarkan 4+1 bilik tidur dan 5 bilik mandi, di samping almari pakaian “walk-in” dalam bilik tidur utama. Bumbung teres yang serba-sesuai boleh ditukar menjadi taman atas bumbung.
Dengan rekaan yang mengambil kira keperluan keluarga yang sedang membesar, The Classic (Type C) sangat elegan dan lebih luas daripada The Minimalist dan The Connoisseur. Rumah 40’ x 80’ ini mempunyai luas binaan 3,239 kaki persegi dan mempunyai 4+1 bilik tidur dan 5 bilik mandi dengan konsep pelan terbuka untuk memenuhi keperluan gaya hidup yang pelbagai. The Classic mempunyai ruang keluarga di tingkat satu dan bilik tidur yang sesuai untuk warga tua di tingkat bawah. Oleh demikian, reka bentuk unit tersebut sesuai untuk keluarga berbilang generasi yang ingin menaik taraf kediaman mereka.
Ketiga-tiga kediaman ini dilengkapi dengan 10 kaki taman persendirian di sisi dan di belakang, serta tempat letak kereta yang boleh memuatkan tiga buah kenderaan. Penduduk mempunyai akses kepada 20 kemudahan dalam kawasan kejiranan termasuk kemudahan gaya hidup dan pilihan riadah seperti 21 ekar Sakura Lake Park, 300 ekar Elmina Central Park, Elmina Lakeside Mall, serta sekolah dan pusat komersial.

Lengkap dengan pelbagai kemudahan, The Eighth Elmina Green ialah kawasan kediaman eksklusif yang dikelilingi alam semula jadi. Seperti Ilham Residence 3, Peringkat 1 The Eighth, Elmina Green terbukti sangat popular, setelah ditempah sepenuhnya ketika sesi preview hujung minggu. Bagi pemilihan khas unit di peringkat seterusnya, mereka yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/the_eight.
Pelopor industri, komited kepada kecemerlangan dan kelestarian
Sime Darby Property adalah pemaju hartanah yang terkenal dengan pembangunan bandar lestari dan komuniti selama lebih 50 tahun. Dengan 25 kawasan perbandaran dan projek pembangunan yang aktif, Sime Darby Property mempunyai jangkauan luas merangkumi aset dan operasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga telah bertapak di United Kingdom, di mana ia adalah sebahagian daripada konsortium pemaju projek ikonik Battersea Power Station di Central London.
Sime Darby Property meraih kebanggaan apabila ia dikenali sebagai pemaju komuniti lestari. Bandar-bandar yang dibangunkannya telah pesat maju dan menjadi pilihan ramai.
Kedua-dua Ilham Residence 3 dan The Eighth, Elmina Green boleh dikunjungi di galeri jualan City of Elmina iaitu Elmina Pavilion, Persiaran Eserina, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor atau hubungi +603-7831 2253 untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat selanjut, sila layari www.simedarbyproperty.com