Bangunan lama KWSP terbakar lagi

Bangunan lama KWSP terbakar lagi

Bangunan itu dikosongkan selepas kebakaran pada 2018.

Klip video kebakaran di bangunan enam tingkat bersebelahan Lebuhraya Persekutuan itu mula tersebar di media sosial kira-kira 10.45 pagi.
PETALING JAYA:
Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, di sini, terbakar lagi.

Klip video api dan asap tebal keluar dari bangunan enam tingkat bersebelahan Lebuhraya Persekutuan itu mula tersebar di media sosial kira-kira 10.45 pagi tadi.

Bangunan itu dikosongkan sejak kebakaran pada Februari 2018. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan ketika itu.

Bangunan pejabat berusia 63 tahun itu dijadualkan dibuka semula lewat tahun depan sebagai kemudahan warga emas yang canggih.

Jurucakap Jabatan Bomba dan penyelamat dalam kenyataan ringkas berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, panggilan kecemasan diterima kira-kira 10.40 pagi dan pasukan bomba dari tujuh balai bomba tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

Kebakaran yang merosakkan tingkat empat dan lima itu dipadamkan 11.08 pagi tadi.

Sementara itu, KWSP mengesahkan bangunan itu kini kosong dan tidak berpenghuni, serta tiada kecederaan dilaporkan buat masa ini.

“Butiran lanjut akan diberikan kemudian,” katanya dalam kenyataan.

Punca kebakaran belum dapat dipastikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.