
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9 malam.
Katanya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera.
“Berdasarkan laporan komander operasi, wanita yang merupakan penumpang kereta Toyota Vios itu meninggal dunia, manakala pemandu lelaki yang parah dihantar ke hospital sebelum bomba tiba.
“Kereta dipandu mangsa yang dipercayai dalam perjalanan dari arah Bandar Pusat Jengka ke Perumahan Taman Rantau Perintis telah hilang kawalan, lalu terbabas sehingga melanggar sebatang pokok,” katanya menurut Astro Awani.