
Beliau merujuk catatan tular di Facebook pada 16 Mei lalu mengenai dakwaan seorang individu kecewa dengan perkhidmatan Hospital Jempol kerana seorang kakitangannya lewat menerima rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma.
Dalam catatan itu, individu terbabit mendakwa beliau menghantar seorang kakitangannya ke hospital itu pada 12 tengah hari akibat jari terkoyak, tetapi belum dipanggil untuk rawatan sehingga 9 malam.
Zul Iskandar berkata, hasil siasatan mendapati ramai pesakit kes kritikal dan semi kritikal yang memerlukan rawatan intensif pegawai perubatan pada hari sama.
“Hospital Jempol menghargai keprihatinan pelanggan untuk terus memberi cadangan penambahbaikan kepada pengurusan perkhidmatan kesihatan di semua fasiliti kesihatan,” katanya menurut Harian Metro.