Jadikan MN pengajaran, elak kerajaan perpaduan gagal, kata pemimpin Umno

Jadikan MN pengajaran, elak kerajaan perpaduan gagal, kata pemimpin Umno

Ahmad Maslan berkata, kegagalan Piagam Muafakat Nasional perlu dijadikan pengajaran supaya tidak berulang dalam gabungan kerajaan perpaduan.

Ahmad Maslan berkata, Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai Umno dan PAS pada 14 Sept 2019 tidak berjaya mencapai matlamat diharapkan.
PETALING JAYA:
Semua parti yang membentuk kerajaan perpaduan perlu mempertahankannya sehingga PRU akan datang, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, kegagalan Piagam Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS perlu dijadikan pengajaran supaya tidak berulang dalam gabungan kerajaan perpaduan.

“MN dimeterai 14 Sept 2019, sementara Konvensyen Perpaduan pula diadakan 14 Mei lalu yang dihadiri ahli dan pemimpin pelbagai parti dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak yang menunjukkan kepelbagaian bangsa.

“Keadaan ini berbeza dengan MN, di mana hanya dihadiri masyarakat Melayu dan Islam di atas pentas penyatuan ummah, namun tidak berjaya mencapai matlamat diharapkan,” katanya menurut Sinar Harian.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang pertama sejak kerajaan perpaduan ditubuhkan enam bulan lalu diadakan Ahad lalu dan dihadiri hampir 10,000 perwakilan serta penyokong daripada 19 parti menyokong kerajaan perpaduan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.