
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata mangsa dikenali sebagai Ezrul Azmi, 33 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 8 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar dikejarkan ke tempat kejadian.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, kita dapati berlaku kemalangan membabitkan van pekerja yang merempuh kedai runcit. Ia menyebabkan mangsa iaitu pemandu, tersepit di tempat duduk,” katanya menurut Astro Awani.
Menurutnya, mereka menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mayat kepada polis untuk tindakan lanjut.