
Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata pembinaan Mdep sejak 2011 menerusi peruntukan terus kerajaan persekutuan bernilai RM1.2 bilion itu melibatkan empat fasa, yakni Fasa 1, Fasa 2A, Fasa 2B, dan Fasa 2C.
“Fasa 2B telah dibina, yang melibatkan pemasangan saluran paip bagi menaik taraf kapasiti pengeluaran kepada 600 juta liter air mentah sehari (JLH), berbanding 300 JLH ketika ini.
“Tanpa pelaksanaan skop penuh Mdep RM1.2 bilion (seperti diharapkan pada 2011) perkhidmatan bekalan air Pulau Pinang sudah pasti akan terganggu disebabkan sebarang insiden di Sungai Muda, satu-satunya sumber air mentah utamanya,” katanya pada sidang media.
Chow berkata, secara teorinya, kapasiti Empangan Mengkuang yang diperbesarkan mampu bertahan sehingga 10 bulan sekiranya berlaku kemarau berpanjangan tanpa sebarang gangguan kepada pengguna, namun ia tidak dapat memenuhi potensi sepenuhnya ketika ini memandangkan projek itu belum siap sepenuhnya.
Katanya, projek lain yang masih belum disiapkan kerajaan persekutuan termasuk pemasangan saluran paip tambahan untuk meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran kepada 1,000 JLH, pembinaan stesen pam 440 JLH baharu di Sungai Muda serta pembinaan sebuah barrage baraj baharu merentasi Sungai Muda di Rantau Panjang.
Beliau berkata, pada masa ini Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hanya mampu mengeluarkan 300 JLH daripada Empangan Mengkuang yang diperbesarkan, berbanding 1,000 MLD yang diperlukan.
“Pulau Pinang akan kekal terdedah kepada insiden dan kemalangan di Sungai Muda melainkan Mdep siap sepenuhnya,” katanya.