
Ketua Ketua Polis Kampar, Mohamad Nazri Daud dipetik Harian Metro berkata, Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7, yang kritikal ketika dirawat di Hospital Tapah meninggal dunia pada 9.20 pagi tadi.
Beliau berkata, empat lagi mangsa korban ialah Azriyani Abdul Latif, 45, serta tiga anaknya, Muhammad Azib Nasaruddin, 23, Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, dan Ahmad Uwais Al Qorni Nasaruddin, 5, yang semuanya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Terdahulu, Nazri berkata, Fawwaz cedera di kepala dan dirawat di Hospital Tapah.
Katanya, siasatan awal mendapati Proton Saga dinaiki lima beranak itu yang dipandu Azib melanggar belakang sebuah lori di lorong kiri pada 2.27 pagi tadi.
Dalam pada itu, sepupu Azriyani, Nur Haniza Abdul Hamid, 36, ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kampar berkata, lima beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kuala Kangsar ke Tapah Road di Tapah untuk menjaga ibu Azriyani.
“Bapa Azriyani dimasukkan ke Hospital Tapah, jadi arwah pulang ke kampung bersama anaknya untuk menemani ibu di rumah. Memang kebiasaan Azriyani bersama adik-beradik lain bergilir menjaga ibu bapanya di kampung.”