
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Rapaee, membantu anggota polis itu selepas beliau pengsan semasa mengambil bahagian dalam perarakan upacara pembukaan, lapor Bernama.
Annuar berkata, anggota polis itu diberi rawatan kecemasan CPR daripada pasukan perubatan dan berjaya disedarkan.
“Anggota polis tersebut dibawa ke Hospital Umum Sarawak dan saya dimaklumkan bahawa beliau akan dipindahkan ke Pusat Jantung Sarawak untuk rawatan lanjut,” katanya kepada FMT.
Menurut Annuar, kejadian itu tidak berkaitan dengan cuaca panas kerana upacara tersebut diadakan di kawasan berbumbung.
Katanya, beliau akan melawat anggota polis tersebut dalam masa terdekat untuk mengetahui keadaannya.