PKR Perak sedia bantu rakan kerajaan perpaduan hadapi PRN 6 negeri

PKR Perak sedia bantu rakan kerajaan perpaduan hadapi PRN 6 negeri

Setiausaha PKR Perak Mohd Azlan Helmi berkata, pihaknya tiada masalah jika mendapat arahan untuk ke mana-mana negeri membantu persiapan PRN.

PRN membabitkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dilaporkan akan berlangsung serentak tidak lama lagi.
KAMPAR:
PKR Perak sudah bersiap sedia membantu rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di enam negeri yang akan menghadapi PRN dalam waktu terdekat.

Setiausaha PKR Perak Mohd Azlan Helmi berkata, perincian lanjut berhubung perkara itu akan dimuktamadkan kepimpinan parti di peringkat pusat.

“Kita masih menunggu (arahan) daripada mereka dan saya fikir jentera pilihan raya di peringkat negeri telah disusun rapi mengikut keperluan dan bidang tugas masing-masing.

“Kita juga tiada masalah jika arahan daripada pusat menghantar kita ke mana-mana negeri bagi menghadapi PRN kali ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Adun Tualang Sekah malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan PRN membabitkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan dilangsungkan serentak.

Kepimpinan kerajaan enam negeri berkenaan sepakat bahawa masa paling sesuai untuk membubarkan DUN masing-masing ialah dua minggu terakhir Jun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.