
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya membantu mewujudkan rangkaian gentian tanpa trafik atau perkhidmatan berjalan di atasnya terlebih dahulu.
Mohamed, bekas ketua pegawai eksekutif Jaring iaitu penyedia internet pertama Malaysia, berkata RM16.5 bilion diperuntukkan kepada DNB untuk pelancaran 5G adalah lebih daripada mencukupi untuk membina rangkaian gentian berkenaan.
Katanya, dana itu juga boleh digunakan untuk membina menara dan rangkaian grid telekomunikasi untuk menyelesaikan masalah jalur lebar perlahan dan panggilan terputus.
“Kita boleh menyelesaikan jurang digital. Tidak perlu panjat pokok untuk isyarat 4G,” katanya kepada FMT merujuk kepada laporan berita pada 2020 mengenai seorang pelajar yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan sambungan internet yang lebih baik untuk menduduki peperiksaan.
Mohamed atau lebih dikenali sebagai Mal mengulas laporan media berhubung kekecewaan dalam pelaksanaan teknologi komunikasi 5G susulan perkembangan baharu mengenainya.
Mohamed berkata secara umumnya apabila teknologi baharu diperkenalkan, kumpulan menyokongnya akan menggembar-gemburkannya termasuk “pencarian belanjawan untuk perjudian pada masa depan”.
Katanya, kes itu sama dengan DNB yang menyaksikan stesen pangkalan masih dalam pembinaan. Pada Mac, DNB dilaporkan telah membelanjakan RM1.89 bilion pada 2022 dengan hampir 4,000 tapak 5G siap.
“Kini masa depannya mempunyai banyak tanda tanya,” kata Mohamed.