
Koroner Norsalha Hamzah berkata, mahkamah tidak dapat menentukan bagaimana warga emas itu meninggal dunia dan apa yang boleh menyebabkan kematiannya, disebabkan kekurangan keterangan.
“Sukar untuk mengatakan bagaimana (Jenkins) meninggal dunia,” katanya.
“(Punca) kematiannya masih belum dapat ditentukan. Saya dengan ini mengisytiharkan keputusan terbuka untuk kes ini,” katanya.
Jenkins, 65, yang dilahirkan di Parit Buntar, tidak dapat dijejaki ketika bercuti di Pulau Pinang bersama suaminya pada Disember 2017.
Cebisan rangkanya ditemukan di sebuah tapak pembinaan pada Jun 2020, 3km daripada lokasi terakhir dia dilihat turun daripada kenderaan Uber.