
Justeru, beliau berkata, kerajaan mesti terbuka dalam menerima kritikan rakyat ataupun badan profesional seperti badan peguam itu.
“(Malaysia) negara bebas. Saya, tak ada apa. Pada saya, hak masing-masing, persatuanlah. Kalau mereka percaya tu, percaya itulah, nak buat macam mana.
“Pada saya, kerajaan Malaysia Madani adalah kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita mesti terbuka menerima kritikan daripada rakyat ataupun badan-badan profesional,” katanya menurut Bernama.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, kerajaan mestilah bertanggungjawab dan menekankan kepada aspek ketelusan dan akauntabiliti.
Pada 10 Mei, Badan Peguam meluluskan suatu “usul tidak percaya” terhadap peguam negara pada mesyuarat agung tergempar.
Usul dibentangkan itu menyatakan Badan Peguam hilang kepercayaan terhadap peguam negara “atas kegagalan mempertahankan badan kehakiman daripada serangan dan mendukung kedaulatan undang-undang”.
Usul itu memberikan contoh serangan yang didakwa dibuat terhadap Nazlan Ghazali, hakim yang menghakimi kes SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.
Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden Badan Peguam, Karen Cheah.