
Ketika diminta mengesahkan perkara itu, Loke berkata beliau belum dimaklumkan mengenainya.
“Dari mana kamu dapat berita itu? Saya tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Undang-undang dan Perniagaan Maritim 2023 di sebuah hotel di sini hari ini.
Beliau berkata pelantikan pengerusi KTMB terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan
“Setakat ini, saya tidak dimaklumkan (Kementerian Kewangan) mengenai cadangan sedemikian,” katanya.
Pada 6 Mei, China Press melaporkan bahawa MCA telah memutuskan untuk mencadangkan Wee sebagai pengerusi baharu KTMB.
Sekiranya pelantikan itu disahkan, Wee akan menjadi Ahli Parlimen pertama dari MCA yang diberi jawatan dalam kerajaan perpaduan. Beliau sebelum ini merupakan timbalan menteri industri perladangan dan komoditi di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin.
Ketika ini pengerusi KTMB ialah Ketua Umno Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata beliau akan bertemu Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki pada Selasa berhubung laporan salah laku yang dikatakan tidak diendahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Mengenai projek transit aliran ringan (LRT) Pulau Pinang, beliau berkata Kementerian Kewangan telah memanggil mesyuarat dengan MRT Corp pada minggu depan.
Beliau berkata kementerian dan agensi berkaitan kemudiannya akan bertemu dengan Kementerian Kewangan untuk melihat model pembiayaan dan membuat keputusan.