
Katanya, beliau telah mengadakan perbincangan ringkas dengan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berhubung perkara itu.
Malah, katanya beliau juga telah mempersembahkan ‘hasrat’ itu pada sesi menghadap Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Kelantan di Kubang Kerian, petang tadi.
“Kelantan ini hadapi masalah air agak serius, jadi saya nak cadangkan supaya kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, Fadillah Yusof, Ahmad serta barisan Jemaah Menteri.
Anwar berkata, beliau berpandangan tidak wajar selepas merdeka lebih 60 tahun Kelantan terus menghadapi masalah berkaitan bekalan air kepada pengguna, dan menurutnya masalah politik yang tidak berkesudahan sememangnya membebankan rakyat.
“Oleh yang demikian saya menyeru (penyelesaian) dan ini pendirian kerajaan perpaduan kita akan cari dana, jalan penyelesaian tetapi mesti kaedah yang betul dan mendapat kerjasama penuh kerajaan negeri,” katanya.