Tawar seks di rumah sewa, 2 wanita Sri Lanka ditahan

Tawar seks di rumah sewa, 2 wanita Sri Lanka ditahan

Polis berkata suspek menggunakan khidmat orang tengah untuk mencari pelanggan dalam kalangan warga Bangladesh dan India dengan mengenakan bayaran RM60.

Dua wanita asing yang dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu itu direman 14 hari hingga 23 Mei ini. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Dua wanita Sri Lanka ditahan kerana menawarkan khidmat seks di rumah sewa mereka di Bandar Sunway.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata dua wanita berusia 30 dan 38 tahun itu ditahan menerusi Op Noda 11 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit menggunakan khidmat orang tengah untuk mencari pelanggan dan bayaran yang dikenakan adalah RM60.

“Mereka ini menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga Bangladesh dan India,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu.

Katanya, dua wanita asing itu direman 14 hari sehingga 23 Mei ini untuk disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.