KKM masih tunggu kelulusan perolehan vaksin bivalen

KKM masih tunggu kelulusan perolehan vaksin bivalen

Kementerian Kesihatan sedang memuktamadkan perbincangan dengan gergasi farmaseutikal Pfizer-BioNTech, kata Dr Zaliha Mustafa.

Kerajaan sedang mendapatkan vaksin Covid-19 bivalen untuk menyediakan perlindungan lebih baik terhadap subvarian baharu. (Gambar AP)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menunggu kelulusan Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan perolehan vaksin Covid-19 bivalen daripada Pfizer-BioNTech.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata kementerian sudah membincangkan perolehan dengan syarikat farmaseutikal itu.

“Mereka (Pfizer-BioNTech) yang memasarkan bivalen (vaksin). Perjanjian itu masih dalam proses (sedang dimuktamadkan). Kami sedang menunggu AGC,” katanya kepada pemberita.

Pada Mac, Zaliha berkata kementerian sedang berbincang dengan Pfizer-BioNTech mengenai pembekalan vaksin bivalen itu, dan tarikh pengedaran akan diumumkan sebaik sahaja rundingan selesai.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kementerian sebelum ini meluluskan pendaftaran bersyarat untuk vaksin bivalen itu.

Vaksin bivalen pada asasnya adalah versi vaksin Covid-19 dinaik taraf yang mengandungi spike protein strain asal dan juga subvarian Omicron BA.1 dan BA.4-5.

Ia bertujuan untuk menyediakan perlindungan lebih baik terhadap subvarian baharu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.