Masjid di Perak digesa tubuh koperasi beri manfaat ahli kariah

Masjid di Perak digesa tubuh koperasi beri manfaat ahli kariah

Menteri besar Perak berkata kerajaan menggalakkan penubuhan lebih banyak koperasi, malah pelbagai kemudahan disediakan termasuk insentif kepada koperasi baharu.

Saarani Mohamad berkata apabila koperasi berkembang maju, ia boleh memperluaskan bidang perniagaan dan mendapat keuntungan untuk memberi dividen kepada ahli.
PETALING JAYA:
Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad menggesa masjid di negeri itu menubuhkan koperasi demi manfaat ahli kariah.

Beliau berkata, tiba masanya untuk merealisasikan cadangan yang pernah dikemukakannya ketika menjadi exco menjaga koperasi.

Apabila koperasi berkembang maju, katanya, ia boleh memperluaskan bidang perniagaan dan mendapat keuntungan untuk memberi dividen kepada ahli.

“Setiap masjid sekurang-kurangnya ada 40 lelaki yang boleh solat (Jumaat) sebab syaratnya begitu. Sudah tentu lebih daripada 40 orang, dengan pasangan anak satu kariah bukan setakat 40 orang, satu kariah beribu-ribu orang.

“Jadi, kalau setiap masjid mengambil inisiatif menubuhkan koperasi ahli kariah masing-masing, yuran daripada pungutan itu membolehkan koperasi tersebut membuka perniagaan paling kurang kedai runcit dalam kawasan masjid,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, kerajaan memang menggalakkan penubuhan lebih banyak koperasi, malah pelbagai kemudahan disediakan, termasuk insentif kepada koperasi baharu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.