
Kanak-kanak terbabit yang turut membawa adiknya berusia tiga tahun dikatakan ingin ke kedai berhampiran untuk membeli mainan, kira-kira jam 11.15 malam.
Video kemalangan itu tular di media sosial semalam dengan orang ramai terkejut apabila mengetahui kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Ketua Polis Langkawi, Shariman Ashari, yang mengesahkan kejadian itu berkata kemalangan berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang.
Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang itu terbabas dan melanggar tiang lampu.
“Kejadian menyebabkan pemandu kereta luka di dahi, manakala penumpang tidak cedera,” katanya menurut Harian Metro.
Shariman berkata, kereta terbabit dipercayai dipandu seorang kanak-kanak dari rumah mereka di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka, sejauh 2.5 km tanpa pengetahuan ibu bapa.
“Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.