BN pertimbang sekutu ingin guna lambang dacing

BN pertimbang sekutu ingin guna lambang dacing

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, logo BN mampu memberi sedikit impak dalam PRN.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata BN akan menggunakan logo sendiri dan berkempen di pentas sendiri dalam PRN nanti. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Barisan Nasional (BN) mempertimbang penggunaan logo dacing oleh rakan sekutu dalam kerajaan perpaduan bagi kempen PRN enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, berkata beberapa rakan sekutu mahu menggunakan logo gabungan itu di negeri tertentu untuk mendapatkan sedikit kelebihan.

Bagaimanapun katanya, BN akan menggunakan logo sendiri dan berkempen di pentas sendiri dalam PRN nanti.

“Terdapat rakan sekutu yang ingin menggunakan lambang kita di negeri-negeri tertentu kerana ada strategi pilihan raya yang mampu memberi impak lebih baik,” katanya selepas menghadiri Majlis Hari Raya anjuran tentera di Wisma Perwira.

Beliau yang juga timbalan pengerusi BN berkata, pihaknya telah memuktamadkan penggunaan logo BN sendiri pada PRN.

“Bagi PRN di enam negeri yg mungkin diadakan pada bulan Jun atau Julai, BN telah pun mengambil keputusan di peringkat Dewan Tertinggi parti bahawa kita akan menggunakan logo sendiri.

“Kita akan berkempen di pentas kita sendiri untuk memastikan pilihan negeri ini menjadi suatu petunjuk sejauh mana sokongan dan tidak sokongan pengundi-pengundi kepada BN,” katanya.

Tambahnya, langkah pengubahsuaian strategi bagi menghadapi PRU16 dapat disusun semula menerusi hasil keputusan PRN itu.

Dewan Undangan Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu dijangka akan dibubar pada pertengahan Jun bagi membuka laluan kepada pilihan raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.