Reman wanita disyaki buat amang seksual terhadap anak disambung

Reman wanita disyaki buat amang seksual terhadap anak disambung

Wanita kepada lima anak itu disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.

Polis menahan wanita berusia 33 tahun itu susulan laporan diterima daripada pegawai JKM, pada 2 Mei. (Gambar Freepik)
SHAH ALAM:
Reman seorang ibu dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun disambung tiga hari, bermula hari ini.

Ketua Polis Kuala Selangor Ramli Kasa, berkata reman terhadap wanita berusia 33 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor, pagi tadi.

“Sambung reman hingga 10 Mei 2023 (Rabu),” katanya menurut Bernama.

Pada 4 Mei, seorang ibu lima anak direman lima hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, dekat sini pada 2 Mei selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.