
Kemas dalam kenyataan semalam, memaklumkan ia juga perlu memantau aktiviti yang boleh mendedahkan kanak-kanak kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas, selain mengehadkan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit akibat cuaca panas.
Ia berkata, tadika dan taska juga perlu memastikan bekalan air bersih mencukupi dan menggalakkan kanak-kanak membawa air minuman sendiri serta menggalakkan kanak-kanak mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan.
“Semua tabika dan taska Kemas dinasihatkan agar sentiasa mengikuti garis panduan aktiviti fizikal, Kementerian Kesihatan (KKM) serta perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.
“Maklumat terkini status cuaca panas juga boleh didapati di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM,” menurut kenyataan itu.