
Md Suruj Ali, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah kira-kira 7 pagi.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar, berkata 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.06 pagi.
“Berdasarkan maklumat awal, lelaki berkenaan dipercayai tersepit pada mesin penarik fiber ketika bekerja.
“Bomba mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan mangsa dari mesin berkenaan. Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.