Pegawai kanan JPM dipindah kerana isu prestasi

Pegawai kanan JPM dipindah kerana isu prestasi

Pembatalan saat akhir 'takbir raya' di TV3 melibatkan pemimpin pembangkang antara 'kesilapan' dikaitkan dengan pegawai itu.

Seorang pegawai kanan media dan komunikasi strategik di Jabatan Perdana Menteri dikatakan menerima notis 24 jam untuk dipindahkan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang pegawai kanan media dan komunikasi strategik Jabatan Perdana Menteri (JPM) “dipindahkan”, dipercayai atas alasan isu prestasi.

Sumber terdekat berhubung perkara itu memaklumkan kepada FMT, bahawa pegawai terbabit mendapat notis 24 jam untuk dipindah tugas.

FMT tidak dapat mendedahkan nama pegawai itu sementara menunggu maklum balasnya.

Ditanya kenapa pegawai itu “dipindah”, sumber berkata, tiada alasan dikemukakan.

Sumber lain pula berkata, pegawai terbabit dipersalahkan kerana menyebabkan JPM dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) tidak sehaluan.

“Ini melemahkan imej kerajaan,” katanya ketika menjelaskan keputusan pemindahan itu.

Dipercayai, pegawai kanan itu dipertanggungjawab bagi pembatalan saat akhir “takbir raya” di TV3, melibatkan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan pembangkang lain.

Bulan lalu, Perikatan Nasional berkata, pihaknya dimaklumkan program berkenaan dibatalkan pada 10.11 malam, sembilan minit sebelum siaran dijadualkan.

Tangkap layar daripada emel TV3 dimuat naik dalam laman Facebook PN, mendakwa program dijadual itu tidak dapat disiarkan kerana “masalah teknikal”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.