2 maut kereta tembung 4WD di Lubok Antu

2 maut kereta tembung 4WD di Lubok Antu

Penumpang dan pemandu Proton Waja disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bomba berkata, mangsa menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua maut dalam nahas melibatkan Proton Waja dan Toyota Hilux dekat simpang ke Lubok Antu, Sarawak.

Jurucakap Bomba Sarawak, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 11.11 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba Betong dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamatkan mangsa.

“Terdapat tujuh mangsa iaitu enam daripada Proton Waja dan Toyota Hilux, seorang.

“Pemandu dan seorang penumpang Proton Waja disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” menurut Utusan Borneo.

Tambahnya, bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.