
Murid yang memakai pakaian seragam sekolah pula tidak diwajibkan memakai tali leher, memandangkan keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan, kata KPM.
“KPM bersetuju memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah KPM untuk memakai pakaian/baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
“Pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana,” menurut kenyataan KPM.
Sebelum ini Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka berlarutan sehingga Ogos, dan negeri yang paling terkesan adalah di utara dan pantai timur.
Beberapa kematian berkait strok haba turut dilaporkan berlaku bulan lepas.