Anak syarikat CelcomDigi tamat perjanjian langganan saham dengan DNB

Anak syarikat CelcomDigi tamat perjanjian langganan saham dengan DNB

Penamatan itu disebabkan tarikh akhir untuk memenuhi semua syarat terdahulu yang ditandatangani pada 7 Okt lalu telah luput.

Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Celcom Mobile Sdn Bhd, menamatkan perjanjian langganan saham (SSA) masing-masing dengan Digital Nasional Bhd (DNB), berkuat kuasa hari ini.
PETALING JAYA:
Anak syarikat CelcomDigi Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Celcom Mobile Sdn Bhd, menamatkan perjanjian langganan saham (SSA) masing-masing dengan Digital Nasional Bhd (DNB) berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata, penamatan itu disebabkan tarikh akhir untuk memenuhi semua syarat terdahulu di bawah SSA, yang ditandatangani pada 7 Okt 2022, telah luput.

Ia berkata, SSA itu melibatkan cadangan langganan 100,000 saham biasa baharu dalam DNB dan sehingga 291.57 juta hak untuk peruntukan saham DNB.

“Penamatan SSA itu dijangka tidak mempunyai kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan tahap kadar hutang kumpulan CelcomDigi untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023,” katanya memetik Bernama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.