
Menurut sumber, suspek bekerja sendiri ditahan pada 1.55 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor, lapor Bernama.
Sumber berkata, kegiatan suspek terbongkar selepas waris pemilik tanah itu mengesahkan penama, yang merupakan bapanya, sudah meninggal dunia dan tanah itu tidak pernah dipindah milik kepada mana-mana pihak.
Katanya, suspek dipercayai bersubahat dengan seorang pegawai di sebuah daerah di Selangor bagi urusan pindah milik tanah itu kepada seorang individu lain tanpa pengetahuan waris.
Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok untuk mendapatkan perintah reman.