
Hakim daerah Margo Brodie, yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Ng pada Mac lalu atas peranannya dalam skandal 1MDB, membenarkan permohonannya untuk penangguhan pada Isnin tanpa penjelasan.
NG sepatutnya mula menjalani hukuman penjaranya pada 4 Mei ini.
Jumaat lalu, peguam Marc Agnifilo memohon penangguhan itu bagi membolehkan Ng menghabiskan lebih banyak masa dengan isteri dan anak perempuannya berusia 10 tahun, yang terbang dari Malaysia ke New York. Kerajaan membantah penangguhan itu.
Agnifilo berkata, Ng tidak berjumpa anaknya lebih empat tahun, sejak ditahan di Malaysia pada 2018.
Katanya, Ng bersetuju diekstradisi ke AS untuk menghadapi perbicaraan di New York pada awal 2019, tetapi berdepan pendakwaan di Malaysia sebaik saja dibebaskan.