
Pada sidang media, Pengerusi PSM Dr Jeyakumar Devaraj, mencadangkan kerajaan memainkan peranan mencukai golongan kaya bagi penyediaan skim perlindungan sosial kepada kumpulan berpendapatan rendah, terutama B40, sebagai kaedah agihan kekayaan.
“Kerajaan boleh menyediakan semua ini (skim perlindungan sosial) dengan pendapatan (dijana menerusi pencukaian terhadap golongan kaya),” katanya.
Beliau berkata, kekayaan negara berada dalam kawalan syarikat gergasi dan taikun yang menjadikan orang kebanyakkan seperti pesara dan golongan makan gaji berdepan bebanan ekonomi.
Menurut kaji selidik pihaknya, pekerja Malaysia memperoleh upah tidak banyak berubah sejak 1970 sehingga 2019 walaupun Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang dalam tempoh itu.
“Negara ini bukan miskin, sejak 1970 hingga 2019 KDNK berkembang 28 kali ganda.
“Namun, gaji pekerja hanya meningkat 1.5 kali sahaja,” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput itu.