
Kejadian berlaku ketika kapal tangki berdaftar dari Gabon dikatakan dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura bersama 28 kru.
Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Johor, Nurul Hizam Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4 petang tadi.

“Sebuah bot ronda Maritim Malaysia Petir 12 diatur gerak ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan dua kru kapal tangki tersebut.
“Seramai 23 kru berjaya diselamatkan oleh dua buah kapal berhampiran lokasi kejadian manakala baki tiga lagi kru dilaporkan masih hilang. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, maklumat lanjut mengenai kru yang dilaporkan hilang sedang diperolehi.