Pihak berkuasa agama, polis siasat batu nisan ‘hilang’

Pihak berkuasa agama, polis siasat batu nisan ‘hilang’

Sebanyak 11 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Johor, dipercayai dicuri susulan harganya yang tinggi.

Sebanyak 11 kubur di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau ‘hilang’ batu nisan akibat dicuri. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan polis akan menjalankan siasatan berhubung isu batu nisan yang “hilang” di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, baru-baru ini.

Pengarah JAINJ, Jamaludin A Hamid, berkata sehubungan itu orang awam diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu yang turut tular di laman Facebook, sejak Jumaat lalu.

“JAINJ mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan mengenai isu kehilangan batu nisan di tanah perkuburan tersebut sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan waris dan masyarakat.

“Justeru, kita mencadangkan langkah wajar yang perlu ditambah baik dan diselenggara oleh pengurusan tanah perkuburan berkenaan bagi mencegah kegiatan kecurian ini daripada terus berlaku,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam, dilaporkan 11 batu nisan di tanah perkuburan berkenaan “hilang”, dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.

Menerusi tinjauan di tanah perkuburan itu semalam, kebanyakan batu nisan yang dicuri ialah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set.

Turut hilang batu nisan putih yang dipercayai berharga RM350 satu set di pasaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.