Rumah Terbuka Madani, MB Kedah sudah diundang, kata Anwar

Rumah Terbuka Madani, MB Kedah sudah diundang, kata Anwar

Perdana menteri berkata, beliau dimaklumkan penganjur bahawa Sultan Kedah juga akan berangkat ke majlis itu bersama menteri besar.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata penganjuran rumah terbuka tersebut bukanlah satu pembaziran kerana majlis itu bertujuan untuk menjamu rakyat. (Bernama pic)
SUNGAI BULOH:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor sudah diundang untuk menghadiri menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani di Alor Setar esok.

Anwar berkata, beliau dimaklumkan mengenai undangan itu oleh pihak penganjur yang mengendalikan majlis tersebut termasuk dari Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution sendiri.

“Saya difahamkan (Sanusi) diundang, Sultan Kedah juga berangkat jadi menteri besar pun diundang, setakat saya fahamlah dan yang dimaklumkan oleh penganjur,” katanya selepas menghadiri solat Jumaat di Masjid Jamiul Ehsan, dekat Paya Jaras yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Sementara itu, Anwar berkata penganjuran rumah terbuka tersebut bukanlah satu pembaziran kerana majlis itu bertujuan untuk menjamu rakyat.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim supaya menggunakan dana parti bagi menganjurkan rumah terbuka tersebut kerana tidak mahu membazir dana kerajaan.

“Itu pandangan peribadi Hassan, kerajaan dimana-mana pun akan buat. Bukan membazir kerana kita beri makan kepada rakyat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.