2 negeri PAS sambut baik rumah terbuka PM kenapa Kedah bantah, soal Ahli Parlimen PKR

2 negeri PAS sambut baik rumah terbuka PM kenapa Kedah bantah, soal Ahli Parlimen PKR

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata pendirian bercanggah itu mendedahkan perbedaan dalaman PAS.

Ahli Parlimen PKR Lee Chean Chung mempersoalkan mengapa pemimpin PAS Takiyuddin Hassan dan Sanusi Nor menentang rumah terbuka perdana menteri di Terengganu dan Kelantan sedangkan menteri besar di negeri itu menyambut baik program tersebut.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mempersoalkan pendirian PAS Pusat dan Kedah yang membantah penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri kerajaan pusat sedangkan PAS Terengganu dan Kelantan menyambut baik program tersebut.

Beliau turut mengkritik sikap beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mempolitikkan segala isu termasuk rumah terbuka Aidilfitri sambil menyifatkan tindakan itu menunjukkan terdapat puak yang dahaga kuasa sehingga takut dengan bayang sendiri.

“Mengapakah PAS Terengganu dan Kelantan setuju tapi PAS Kedah dan PAS Pusat tolak? Bukankah ada saluran komunikasi dalaman parti untuk menyelesaikan perbezaan pendapat?

“Adakah pendirian bercanggah daripada parti yang sama telah mendedahkan perbedaan dalaman PAS menjadi semakin ketara?,” soalnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata tindakan PN menjadikan jamuan raya sebagai isu hanya menunjukkan mereka tidak mengotakan janji untuk menjadi pembangkang yang berwibawa.

“Apabila PN gagal mengetengahkan isu-isu rakyat, hal jamuan raya pun ‘dilambung’ tinggi-tinggi dan dipolemikkan,” katanya.

Pada minggu lepas, Jabatan Perdana Menteri berkata, Seri Perdana tidak menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini sebaliknya jabatan itu akan menganjurkan majlis di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mereka menyokong inisiatif kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka tersebut.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan semalam berkata rumah terbuka itu bertentangan dengan komitmen Putrajaya yang tidak mahu menganjurkan program besar-besaran bagi menjimatkan kos.

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkata kerajaan harus mengekalkan tradisi menganjurkan satu rumah terbuka di kediaman perdana menteri di Seri Perdana atau di Putrajaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.